#Ramadhan : Ramadhan dihatimu

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 07:54:00

Assalamualaikum,Bismillahirahmanihim.

Semalam , lepas selesai terawih 4 rakaat , imam ada bagi tazkirah sikit, pasal macam mana kita nak sambut ramadhan. Saya share secara ringkas saja, sebab tazkirah tu pendek saja, sebab lepas itu sambung solat balik.

Imam sentuh pasa hati kita, persediaan hati kita untuk sambut ramadhan . Imam cakap ada tiga pringkat hati kita ni;

1. Qalbu Hayyatt/Qalbun Salim
2. Qalbun Maridh
3. Qalbu mayyit



Qalbu Hayyat , bermaksud hati yang hidup. Kat sini nak bagi tahu hati yang hidup ni, ialah ornag yang saya gembira ramdhan  nak datang. Rasa rindu dua tiga bulan sebelum ramadhan datang. dan bila ramadhan datang, dia hargai setiap inci masa bersama ramadhan.Dia boleh rasa kemanisan berada dibulan ramadhan juga ketika beribadah pada Allah. Allahu

Qalbun Maridh . Yang kedua ialah hati yang sakit. Macam mana dikatakan hati yang sakit. Dia macam ni hati dia tu kena muhasabah sokmo. Ada time dia rindu ramdhan , ada masa dia rasa semangat untuk melalaui ramadhan. Ada masa lain pulak dia rasa Ya Allah malasnya nak buat tu nak buat ni. Serba malas. Bila nak wak ibadah tu dia rasa, takpelah esok masih ada, esok lah esoklah. Tapi bila dia duduk sorang sorang, dia muhasabah , dia rasa ya Allah kenapa dengan diri aku ni. Gitu lah .

Akhir sekali,

Qalbu Mayyit. Hati yang mati, nauzubillah. Moga dijauh kan. Hati yang mati ni , bila ramadhan datang dia rasa biasa. Dia rasa sama saja macam ramadhan ramadhan yang dah lepas. Tak ada perasaan gitulah. Allahu. Dia tak rasa manis pun. Dia rasa resah ramadhan nak datang.


Kita kena muhasabah sendiri, hati kita yang mana. Hanya kita dan Yang Esa saja tahu. Allah Allah.
 Imam tu juga ada cakap, kita ni kena sokmo sokmo perbetul niat dalam setiap perkara yang kita nak buat, sebab kita sendiri tak tahu kita ikhlas ke tidak dalam perkara yang kita buat. Sebab ikhlas tu bukan main sebut je, saya ikhlas ni. 


Satu ayat Imam buat mata yang mengantuk jadi cerah;

"Sembahyang Terawih tu nok cepat sokmo, nok habih derah sokmo"


Kena sedas, Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

32 comments

  1. Akak sentiasa berdoa Yana agar akak dihindari daripada menjadi yang ketiga itu..moga Allah jauhkan..

    ReplyDelete
  2. tingat video yg solat terawih 7 minit tu ishhh

    ReplyDelete
  3. salam Ramadan Yana, terima kasih atas perkongsian yang baik sangat ni:)

    ReplyDelete
  4. Semoga dijauhkan dari hati yang mati.. seram.. huhu

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa Yana

    ReplyDelete
  6. Tak sampai lg utk peringkat pertama :(
    Terima kasih kak yana atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. semoga dalam kategori hati yang pertma..dapat yang kedua pun sudah cukup...sob6

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan ke5 yana
    semoga Allah memelihara kita drdp perkara yg mungkar ameeenn

    ReplyDelete
  9. Moga kita semua tergolong dalam hati kelas pertama tu. Selamat menunaikan ibadah Ramadan, Yana :)

    ReplyDelete
  10. kita mengharapkan yang no 1 tu

    ReplyDelete
  11. Mummy rindu ramadhan.. seolah tak nak ramadhan berakhir...

    ReplyDelete
  12. Yana.. Terima kasih atas perkongsian. Cukup menakjubkan ilmu tu walaupun simple.. Moga2 kita mendapat Qalbu Hayyat.. Amin

    ReplyDelete
  13. TQ atas perkongsian sis..sangat bermanfaat pd sy.. takutnya..
    moga dijauhkan dari Qalbun Maridh & Qalbu Mayyit :(

    ReplyDelete
  14. salam ramadhan dan salam perkenalan...

    ReplyDelete
  15. SS suka ramadhan... Ramadhan kali ni buat SS sibuk... Memacam nak urus...

    ReplyDelete